5 May 2011

Pelaksanaan PBS dan SPPBS Di sekolah

LANGKAH SEGERA
1.Sekiranya ada murid berpindah masuk atau berpindah keluar dari sekolah. Sila emailkan (afanditaib@yahoo.com) atau fakskan (05-255 0015) maklumat murid tersebut ke Sektor Pengurusan Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Perak.
Nyatakan:-
􀂃Nama dan nombor My Kid murid tersebut
􀂃Sekolah asal dan sekolah baru (alamat lengkap)
􀂃Negeri asal dan negeri baru
􀂃Tarikh perpindahan.
2.Sila pastikan Skor / Prestasi murid Tahun 1 2011 dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sebelum operasi Naik Darjah ke Tahun 2 2012.
3.Sebarang pertanyaan sila emailkan ke afanditaib@yahoo.com atau telefon di nombor
05-501 5173 / 05-501 5171 / 05-501 5168 atau Pegawai PBS di PPD masing-masing.
b.LANGKAH MENGOPERASIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 2012
1.Tubuh Jawatankuasa PBS dan masukkan dalam buku organisasi.
2.Adakan mesyuarat bagi menetapkan dasar dan hala tuju PBS sekolah.
3.Sediakan Minit Mesyuarat JK PBS (Punca Kuasa/ Dasar PBS).
4.Sediakan keperluan untuk mengoperasikan PBS (Fail, Dokumen, dll).
5.Buat surat siaran kepada ibu bapa murid untuk maklumkan tentang pelaksanaan PBS.
6.Sediakan Jadual Pentaksiran (Guru Mata Pelajaran).
7.Laksanakan aktiviti pentaksiran, berikan skor dan keyin dalam SPPBS (Guru Mata Pelajaran).
8.Sediakan jadual pementoran, penyelarasan dan pemantauan dan laksanakannya.
9.Pantau pelaksanaan PBS, pastikan Jadual Pengoperasian dipatuhi:
􀂃SUP daftar Guru Mata Pelajaran dan Murid Tahun 1 2012 dalam SPPBS
􀂃SUP Lakukan operasi Naik Darjah (Tahun 1 2011 ke Tahun 2 2012) dan daftar Guru Mata Pelajaran Tahun 2 dalam SPPBS
􀂃Pastikan pentaksiran dilakukan bermula pada bulan Januari 2012
􀂃Pastikan Guru Mata Pelajaran masukkan prestasi ke dalam SPPBS selepas pentaksiran (secara berkala dari semasa ke semasa)
10.Cetak dan serah pelaporan prestasi kepada murid – ibu bapa (formatif (ikut keperluan) dan
sumatif (akhir penggal)
11.Melakukan kajian suku tahun pertama, kedua dan post mortem serta buat laporan
pemantauan Rumusan Taklimat KSSR dan PBS JPN Perak 2011
afanditaib@yahoo.com


.
KEPERLUAN UNTUK MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
1.Fail (Ring File Kulit Keras):
􀂃Fail Perkembangan Murid (1 Murid 1 Fail)
􀂃Fail Showcase
􀂃Fail Pengurusan (Induk)
2.Tempat Menyimpan Evidens:
􀂃Rak atau Almari untuk melatak Fail
􀂃Ruang atau Bilik meletak Rak/ Almari Fail dan evidens lain
3.Dokumen Untuk Melaksanakan PBS:
􀂃Surat Pekeliling dan Surat Arahan pelaksanaan PBS
􀂃Dokumen Standard Prestasi (LPM)
􀂃Dokumen Standard Kurikulum (BPK)
􀂃Instrumen Pentaksiran (Guru/ JU)
􀂃Buku Pengurusan dan Pengendalian PBS (LPM)
􀂃Manual Pengguna SPPBS (LPM)
4.Kemudahan Pengisian & Pelaporan Prestasi:
􀂃Komputer/ Laptop dan Pencetak
􀂃Capaian / akses Internet yang baik


d.JADUAL PENGOPERASIAN PBS

BIL PERKARA TEMPOHTINDAKAN
1 Mesyuarat Jawatankuasa PBSJanuari, April, Ogos dan DisemberPentadbir, SUP & AJK yang dilantik
2Pendaftaran Murid dalam SPPBSJanuari – Februari SUP & Guru MP
3 Tempoh pelaksanaan PBS (aktiviti pentaksiran dan pemberian skor) Sepanjang sesi persekolahanGuru MP
4Aktiviti Penjaminan Kualiti: Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan Sepanjang tahunPentadbir, Ketua Panitia, JUP, & Guru Cemerlang
5 Pengumpulan prestasi / skor murid dalam SPPBSSepanjang tahun Guru MP & SUP
6Pelaporan prestasi murid Mengikut keperluanGuru MP & SUP

SENARAI TUGAS PEMBANTU AM PEJABAT

SENARAI TUGAS PEMBANTU AM PEJABAT
A. Menjaga keselamatan pejabat

1. Membuka dan menutup (kunci) Pejabat sekolah, Bilik guru dan Bilik Guru Besar.
2. Membuka dan menutup tingkap bilik guru Besar, Bilik guru dan Pejabat.
3. Mengunci semua pintu/tingkap selepas waktu rasmi sekolah
4. Mengawal pergerakan kunci
5. Menyediakan diri dan berperanan sebagai penyambut tetamu, memberi layanan yang sewajarnya kepada orang-orang awam yang ada urusan dengan pejabat serta membantu urusan guru-guru dan murid-murid yang berkaitan dengan pejabat.
6. Melapor keroskan terhadap harta benda sekolah/bangunan
7. Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat/stok induk..
8. Menentu dan memastikan susun atur, kekemasan dan kebersihan pejabat sentiasa diberikan perhatian serta mengawal kerahsiaan pejabat.
9. Merekod menguruskan pengambilan Dokumen-dokumen seperti : Sijil-sijil penghargaan,Sijil-sijil peperiksaan UPSR. Surat Akuan / Sijil Berhenti Sekolah.
10. Menjaga buku rekod pejabat.
11. Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid.


B. Membantu Dalam Urusan Surat-menyurat/Urusan Pejabat
• Membantu kerani dalam urusan pejabat.
• Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan Kerani.
• Mengurus buku kehadiran /rekod cuti Guru / staf sokongan
• Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain.
• Mengambil dan meminitkan surat.
• Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf sokongan yang berkenaan.
• Mengepos dan mengambil surat.


C. Menjalankan kerja-kerja percetakan dan pembungkusan

1. Mencetak pelbagai dokumen, soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat.
2. Menyusun, mengikat, membungkus dan mengedar bahan-bahan yang telah dicetak
3. Menyelenggarakan mesin cetak/fotostat.
4. Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubungdengan sekolah menggunakan mesin pendua/fotostat.
5. Merekod penggunaan bahan cetak


D. Menjaga kebersihan pejabat, bilik gerakan dan stor percetakan
1. Menyapu, membersih dan mengemaskan bilik Guru Besar/Penolong Kanan.
2. Menyapu, membersih dan mengemaskan pejabat dan bilik gerakan.
3. Menyapu, membersih dan mengemas stor percetakan


E Mencari, mengedar dan memunggut fail/dokumen/bungkusan
1. Mengemaskini sistem fail dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah
2. Menyedia dan memastikan segala borang yang diperlukan untuk kegunaan guru / kakitangan / murid sentiasa mencukupi.
3. Meng hantar surat-surat/dokumen-dokumen ke pejabat pos, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
4. Membantu kerani merekod surat-surat yang diterimadan yang akan dihantar.
5. Mendapatkan fail yang diminta oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Kerani.
6. Memunggut dan menyimpan balik fail yang telah digunakan
7. Menghantar dokumen/bungkusan.
8. Mengumpul, mengecop dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru.
9. Memunggut surat/dokumen dari pejabat pos atau dari tempat lain
10. Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar /Pegawai Pelajaran Daerah/Pengarah Pelajaran Negeri。


F. Mencari khidmat sokongan
1. Memanggil pelajar/guru/kakitangan bukan guru apabila diminta oleh Guru Besar,Guru Penolong Kanan dan kerani.
2. Melekatkan bahan-bahan bertulis/pekeliling di papan notis dan mengemaskinikan papan notis
3. Mengangkat dan menyusun barang/alat bila diperlukan.

G. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.