2 December 2010

Gelaran guru yang menjalankan tugasan ICT

Sebenarnya ramai juga guru yang mengendali tugasan berkaitan ICT keliru dengan istilah-istilah jawatan ICT yang digunakan di sekolah. Hanya gelaran Guru Penyelaras Bestari merupakan jawatan rasmi yang diiktirafkan oleh KPM. Jawatan ini dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM (KLIK). Tugas GPB pun sudah ditetapkan dalam surat lantikan mereka.


Secara kasarnya, gelaran guru yang menjalankan tugasan ICT adalah seperti di bawah:

1. Guru Penyelaras Bestari = Lantikan rasmi yang mengendalikan tugasan ICT di sekolah.

2. Guru ICT = Guru yang mengajar mata pelajaran ICT di sekolah.

3. Guru ICTL = Guru yang mengajar program ICTL di sekolah.

4. Guru Penyelaras ICT = Guru yang menjalankan tugasan sama seperti Guru Penyelaras Bestari tapi mereka belum dilantik oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM (Biasanya sekolah ini tiada Bilik Akses)

5. Guru Penyelaras Makmal Komputer = Guru yang hanya dipertanggungkan menguruskan perkara yang berkaitan dengan makmal komputer, tiada semestinya menjalankan tugas ICT di luar makmal komputer.

6. Guru Penyelaras Bilik Akses = Guru yang hanya dipertanggungkan menguruskan perkara yang berkaitan dengan bilik akses, tiada semestinya menjalankan tugas ICT di luar Makmal Komputer.

Walaubagaimanapun, cikgu perlu ingat bahawa selain Guru Penyelaras Bestari yang merupakan jawatan di mana semua tugasan rasmi sudah ditetapkan dengan black & white (pekeliling), jawatan ICT yang lain di sekolah perlu sentiasa dirujuk dengan pengurusan sekolah. Senarai di atas hanya untuk rujukan cikgu sahaja.